Categories
NASIONAL

Himpunan Aman: Suasana sayu iringi 13 OKT ke Penjara Kajang

Oleh: NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 18 MAC : 13 peserta yang terbabit dengan demonstrasi membantah rampasan Kerajaan Perak lima tahun lalu dijatuhkan hukuman penjara 10 bulan, berkuatkuasa hari ini.

Kes yang dibicarakan kali ketiga itu dijalankan di Mahkamah Rayuan Putrajaya selepas Peguam Negara membuat rayuan ke atas kes terbabit.

Difahamkan, sebelum ini Mahkamah Majistret Jenayah Kuala Kangsar menjatuhkan hukuman denda RM5,000 dan penjara dua tahun mandatori.

20907_10202596114063287_8677075525286609806_nMahkamah Tinggi Taiping pula membebaskan tiga OKT daripada hukuman dan pertuduhan.

Manakala, hukuman bersalah dan denda RM5,000 dikekalkan ke atas 10 OKT lain serta  penjara dua tahun dibuang.

Bagaimanapun, pendakwa raya merayu di Mahkamah Rayuan untuk mengekalkan hukuman bersalah  dan memohon hukuman penjara selama setahun ke atas semua OKT.

Isteri kepada peserta yang didapati bersalah, Nashita Md Noor dalam laman sosial Facebooknya memaklumkan, 13 peserta dibawa ke Penjara Kajang dengan sebuah bas.

“Bas yang akan membawa mereka pergi ke Penjara Kajang. Pegawai Pènjara minta kami belikan makanan buat ke 12 orang OKZ Orang Kena Zalim kerana mereka lupa sediakan peruntukan. Kami masih menunggu,” tulisnya.

Terdahulu, beliau turut memuatkan gambar keluarga berpelukan selepas hukuman dijatuhkan.

Beliau turut memaklumkan keputusan kes dihadiri oleh hakim dan Pendakwaraya Tan Sri Mohamad Shafee Abdullah.

“Hakim berpandangan perhimpunan aman adalah dibenarkan. Namun, jika timbul kacau bilau dan mengganggu ketenteraman awam adalah tidak dibenarkan,” tulisnya.

Semua peserta itu sebelum ini terbabit dengan himpunan membantah perlantikan Menteri Besar Perak di hadapan Istana Iskandariah, Bukit Chandan, Kuala Kangsar pada 2009.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.