Categories
SELANGOR

DYMM Sultan Selangor terima zakat perniagaan RM18.6 juta

Oleh : AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM, 27 MAC : DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini berkenan menerima zakat perniagaan berjumlah RM18.6 juta daripada Lembaga Tabung Haji (LTH) dan Bank Rakyat bagi pihak Lembaga Zakat Selangor (LZS).

Baginda menerima bayaran zakat bernilai RM13.7 juta daripada LTH, sementara Bank Rakyat menyerahkan zakat bernilai RM4.8 juta dalam satu majlis di Istana Bukit Kayangan.

10561681_928532997178565_7869097812417115982_nPembayaran kedua-dua zakat perniagaan ini adalah bagi tahun kewangan berakhir pada 2014.

Dalam majlis itu, LTH diwakili Pengarah Urusannya yang juga Ketua Pegawai Eksekutif, Tan Sri Datuk Setia Ismee Ismail, manakala Bank Rakyat diwakili Ahli Lembaga Pengarahnya, Abdul Rahman Kasim.

Upacara penyerahan zakat turut dihadiri Pengerusi LZS, Tan Sri Datuk Seri Syed Anwar Syed Putra Jamalullail, Mufti Negeri Selangor, Datuk Setia Mohd Tamyes Abdul Wahid, Setiausaha Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Datuk Bakhtiar Hussin dan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Haris Kasim.

Turut serta, Ahli Lembaga Pemegang Amanah LZS, Engku Setia Lela Bestari Raja Tan Sri Datuk Seri Arshad Al Haj Raja Tun Uda Al Haj, Datuk Norazharuddin Abu Talib, Datuk Dr Mohd Shahari Ahmad Jabar dan Ketua Pegawai Eksekutif LZS, Hussin Mohd Ali.

Leave a Reply

Your email address will not be published.