Categories
SELANGOR

Exco turun padang pastikan paip pecah dibaiki segera

SHAH ALAM 30 MAC: Exco Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Zaidy Abdul Talib turun padang melihat sendiri tapak paip air yang pecah menyebabkan berlaku gangguan bekalan air.

Kejadian itu mengakibatkan masalah tekanan air rendah kepada kolam Sime UEP dan Kolam Bandar Puteri yang menerima air dari Line 2 LRA Semenyih.

“Pihak SYABAS sedang cuba sedaya upaya bagi menstabilkan dan memulihkan kembali bekalan dapat sampai kepada rakyat yang khususnya tinggal di kawasan Puchong dan USJ,” kata Zaidy hari ini.

11040937_1646298095602185_8114621154314926687_nKatanya beliau berharap SYABAS dapat membaiki secepat mungkin untuk keselesaan rakyat.

Turut sama dalam lawatan itu ADUN Seri Serdang, Noor Hanim Ismail.

Beberapa kawasan di Wilayah Petaling (36 kawasan) dan Hulu Langat (23 kawasan) mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual dan tekanan air rendah sejak awal pagi hari ini, disebabkan kejadian paip pecah di jajaran paip yang menyalurkan bekalan air dari Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih ke kolam simpanan air Bandar Puteri Puchong.

Paip tersebut adalah dari jenis Mild Steel (MS) dengan garis pusat bersaiz 600mm.

11081236_992521314100199_8973362292193235430_nSituasi ini menyebabkan berlakunya penurunan kadar aliran kemasukan air dari Sungai Semenyih Kolam Air Bandar Puteri Puchong dan ke Kolam Air Sime-UEP di Wilayah Petaling dan juga menjejaskan tekanan air ke Kolam Air Terminal Bandar Baru Bangi di Wilayah Hulu Langat.

Dengan penggunaan air berterusan oleh pengguna, ianya menyebabkan penurunan deras paras kolam tersebut dan menyebabkan gangguan bekalan air dan sesetengahnya pula menyebabkan tekanan rendah.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.