Categories
KENYATAAN MEDIA

Hari Kedua Misi C 4 ke Australia: Sirul pernah terima khidmat cemerlang 2001

Oleh : Datuk Mahfuz Omar

Pada hari ini ibu Sirul, adiknya, dan saya bersama ahli misi sekali melawat Sirul di Pusat Tahanan Imigresen Villawood, Sydney. Pertemuan bermula pada jam 5 itu berlangsung hampir dua jam.

Kami dapat makan bersama nasi dan rendang daging yang dimasak oleh ibu Sirul di tempat penginapan kami.

Kelihatan begitu berselera Sirul makan menikmati juadah air tangan ibu yang melahirkannya itu.

Saya berkesempatan untuk berbual panjang dengan Sirul. Semenjak kecil dia diasuh dengan didikan agar menjadi seorang yang berani dan tidak takut melainkan Allah.

Atas sifat keberanian ini jugalah yang melayakkannya menyertai pasukkan elit polis yang memerlukan mereka yang berhati kering untuk mengambil serta menjalankan arahan tanpa soalan.

Sirul rupanya pernah dianugerahkan khidmat cemerlang dalam perkhidmatan antara tahun 2000 atau 2001.

Kami meninggalkannya pada jam 7 petang lalu terus Darlington Harbour untuk membawa ibunya menenangkan hati yang masih dalam kesedihan.

Insya Allah, esok kami akan melawat semula Sirul dalam kesempatan tempoh misi yang kian ke penghujungnya.

*Datuk Mahfuz Omar adalah Ketua Penerangan PAS Pusat

Leave a Reply

Your email address will not be published.