Categories
SELANGOR

Himpunan aman desak buka kes Teoh Beng Hock esok di SPRM

SHAH ALAM 19 MAC: Perhimpunan aman “Justice is Dead” anjuran Teoh Beng Hock Trust for Democracy akan diadakan pada 19 Mac (esok) jam 10:30 pagi di depan pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor di sini.

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua berkata perhimpunan itu ekoran Mahkamah Rayuan pada September tahun lalu menukar keputusan terbuka kes kematian Beng Hock dan memutuskan kematiannya itu akibat tindakan menyalahi undang-undang oleh seorang atau beberapa orang yang tidak dikenali.

 teoh beng hock mak kakakNamun keputusan Mahkamah Rayuan diumumkan melebihi setengah tahun, Polis dan Jabatan Peguam Negara bertindak berlengah-lengah dalam menyiasat semula kes tersebut.

Terlebih-lebih pula dua pegawai SPRM yang terlibat dalam kes kematian Teoh Beng Hock bukan sahaja tidak dikenakan tindakan disiplin atau hukuman, bahkan dinaikkan pangkat.

“Merujuk kenyataan PDRM terkini, kami mengalu-alukan pihak polis membuka semula siasatan serta merta dan menubuhkan satu pasukan khas bagi menyiasat kes kematian Teoh Beng Hock.

“Kami berharap siasatan menyeluruh dijalankan secepat mungkin bagi memastikan keadilan kepada semua pihak termasuk keluarga mendiang Teoh Beng Hock,” kata Tony Pua dalam kenyataan media.

Katanya, beliau menyeru kepada semua pihak turun berhimpun secara aman supaya menunjukkan ketidakpuasan terhadap tindakan menaikkan pangkat 2 pegawai SPRM.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.