Categories
SELANGOR

LAPORAN KHAS: 77 tapak pembinaan daerah Petaling lokasi biak denggi

Oleh: SYAZWANI SUFIAN

SHAH ALAM, 19 MAC: Sebahagian daripada kes denggi di Selangor berpunca dari kawasan tapak pembinaan di daerah Petaling kerana menjadi sarang utama pembiakan nyamuk aedes.

Exco Kesihatan Selangor, Dr Daroyah Alwi berkata, Kerajaan Negeri akan lebih fokus kepada enam kawasan yang akan diterjah antaranya pangsapuri kos rendah dan beberapa hotspot.

Terjah denggi MB di Seksyen 6 Shah Alam (1)Beliau berkata, kawasan utama yang bakal diterjah adalah tapak pembinaan di daerah Petaling kerana lokasi berkenaan menjadi penyumbang terbesar pembiakan nyamuk aedes.

“Hasil daripada laporan, terdapat 100 tapak pembinaan seluruh daerah Petaling dengan 77 kawasan didapati menjadi tempat pembiakan aedes. Setiap tempat ini memang banyak jentik-jentik yang perlu kita banteras secepat mungkin.

“Kementerian Kesihatan sudah melaksanakan operasi di tapak pembinaan sekitar Selangor bagi membendung peningkatan kes denggi selain mengurangkan risiko jangkitan, bermula 10 Februari lalu,” katanya ketika dihubungi Selangor Kini.

pc dr daroyah 2Kawasan lain yang menjadi punca pembiakan aedes adalah kampung yang berada di pinggir bandar dan operasi bersepadu di kawasan terbabit sudah dilaksanakan bagi membendung peningkatan kes denggi selain mengurangkan risiko jangkitan.

“Kita dapat lihat penurunan kes denggi di Selangor selepas empat minggu berturut-turut apabila operasi membanteras denggi dijalankan,” katanya.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.