Categories
NASIONAL

LAPORAN KHAS: Vietnam catat 100,000 kes denggi setiap tahun

Oleh: SYASYA SUFFIAN

SHAH ALAM, 19 MAC: Vietnam melaporkan purata 100,000 kes demam denggi termasuk 100 kes kematian setiap tahun di negara itu.

Tiga kes kematian akibat demam denggi dilaporkan di Bandaraya Ho Chi Minh iaitu 27 peratus lebih banyak berbanding tempoh sama tahun lalu apabila hanya seorang sahaja yang meninggal dunia.

Statistik Kementerian Kesihatan Vietnam menunjukkan negara itu mencatat lebih 5,200 jangkitan tahun ini termasuk 3,640 kes di selatan negara itu, pada Februari lalu.

denggi editKetua Institut Pasteur Bandar Raya Ho Chi Minh, Dr Phan Trong Lan berkata, kes demam denggi bagaimanapun dilaporkan tidak meningkat tahun ini.

“Tetapi akibat dari perubahan cuaca, demam denggi yang berpunca dari nyamuk aeds mengakibatkan demam panas dan sakit sendi.

“Pakar mengesan wabak demam denggi semakin meningkat sejak akhir tahun lalu di Hospital Ho Chi Minh (HCMC) dan wilayah berdekatan,” katanya dipetik Thanhnien News.

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia, kes yang teruk perlu dirawat secepat mungkin bagi mengelakkan komplikasi hingga membawa maut. kerana kebanyakan mangsa di Vietnam adalah kanak-kanak.

Doktor di HCMC berkata, ibu bapa perlu mengawasi anak mereka yang mengalami demam tidak normal dan segera menghantar mereka  ke hospital untuk pemeriksaan lanjut.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.