Categories
SELANGOR

MB: Penggunaan pengangkutan awam disasar 60% elak trafik sesak

SHAH ALAM 22 MAC: Sekurang-kurangnya 60 peratus disasarkan bagi perkhidmatan pengangkutan awam yang akan menjadi akses kepada penduduk untuk ke mana-mana kawasan.

Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali, berkata polisi itu adalah untuk menyepadukan pembinaan perumahan dengan sistem pengangkutan yang efisyen bagi kesejahteraan penduduk.

pengangkutan“Tidak semestinya dengan pembinaan lebuh raya (dapat selesaikan masalah trafik), sebaliknya perhatian serius diperlukan bagi meningkatkan pengangkutan awam yang lebih efisyen,” kata Mohamed Azmin.

Beliau Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas melancarkan Rumah Selangorku di Bandar Rimbayu, Telok Panglima Garang, dekat sini hari ini.

Hadir sama, Exco Perumahan Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar, Datuk Iskandar Abdul Samad dan Ketua Pegawai Eksekutif IJM Land, Datuk Soam Heng Choon.

Mohamed Azmi berkata sasaran pengangkutan awam iaitu 40:60 perlu dirombak semula bagi kemudahan awam dan penyelesaian masalah kesesakan trafik.

“Kerajaan Negeri mahu kadar 40 peratus perkhidmatan pengangkutan awam ditingkatkan kepada 60 peratus,” katanya lagi.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.