Categories
SELANGOR

MB: Sasaran bina 15,000 Rumah Selangorku mampu dicapai

Oleh : AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM, 22 MAC : Sambutan menggalakkan daripada pemaju hartanah swasta untuk membina Rumah Selangorku menjadikan Kerajaan Negeri optimis bahawa sasaran pembinaan 15,000 unit rumah mampu milik dalam tempoh dua tahun bakal tercapai.

Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali, berkata Kerajaan Negeri serius untuk bersama dengan pihak swasta bagi mencapai sasaran yang ditetapkan demi kepentingan rakyat Selangor.

MB Rumah“Ini syarikat pemaju swasta yang kedua setelah Sime Darby Property Berhad dua hari lalu memberi komitmen untuk membina 2,403 unit rumah dan hari ini IJM Land akan membina 2,330 unit rumah.

“Dalam tempoh kurang seminggu kita sudah mendapat jaminan daripada pemaju hartanah swasta untuk menyokong hasrat Kerajaan Negeri membina 5,000 unit rumah mampu milik.

“Minggu depan kita akan lancarkan satu lagi projek Rumah Mampu Milik yang akan dibina W City dengan komitmen sebanyak 1,041 unit,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas melancarkan Rumah Selangorku di Bandar Rimbayu, Telok Panglima Garang, dekat sini hari ini.

Hadir sama, Exco Perumahan Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar, Datuk Iskandar Abdul Samad dan Ketua Pegawai Eksekutif IJM Land, Datuk Soam Heng Choon.

Sebanyak 2,330 unit rumah mampu milik akan dibina IJM Land dengan tawaran harga bermula pada kadar RM42,000 hingga RM250,000 seunit.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.