Categories
SELANGOR

MB tiba di Sarawak lawatan 3 hari

Oleh: NAEEM RAFFI

KUCHING, 1 MAC : Dato’ Menteri Besar Selangor, Mohamad Azmin Ali mengetuai delegasi Kerajaan Selangor ke Sarawak selama tiga hari bermula hari ini.

Delegasi seramai 12 selamat tiba di Lapangan Terbang Kuching tepat jam 12 tengah hari tadi disambut meriah dari 30 cabang PKR seluruh Sarawak.

IMG_0181aPaluan kompang, tarian singa, persembahan pencak silat dan tarian kebudayaan Sarawak menyambut ketibaan delegasi di pintu utama lapang terbang.

Turut sama dalam kunjungan kali ini Exco Selangor, Dr Daroyah Alwi, Setiausaha Politik kepada Dato’ Menteri Besar, Shuhaimi Shafie.

Delegasi dijadualkan akan bertemu dengan Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Sarawak di Grand Continental Hotel Kuching sebelum ke Majlis Perasmian Bilik Gerakan Pilihanraya Cabang Mambong di Sibuan.

Pada 2 Mac, delegasi dijadualkan ke Miri bagi merasmikan Bilik Gerakan Pilihanraya DUN Senadin dan rumah terbuka Tahun Baharu Cina MPN Sarawak.

Manakala acara pada 3 Mac pula, delegasi dijadualkan berkunjung ke Pejabat Ketua Menteri Sarawak, Datuk Seri Amar Adenan Satem.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.