Categories
SELANGOR

Penerima terharu dapat geran tanah dinanti 20 tahun

Oleh: AFIX REDZUAN

SUNGAI BULOH, 1 MAC: Tuah tahun kambing masyarakat Cina menyaksikan Siew Yook Yen, 47, menerima geran tanah yang dinantikan sejak lebih 20 tahun.

Beliau ketika ditemui nyata gembira dengan pemberian ini dan menganggap ia sebagai hadiah Tahun Baru Cina paling bermakna buat dirinya dan keluarga.

interview b“Tahun ini tahun kambing, bila dapat geran tanah saya sangat gembira.

“Saya sudah tinggal di sini 23 tahun,” katanya yang bekerja sebagai penyelia kilang.

Bagi Kerisnamurthhi a/l Muthu, 52, beliau lega akhirnya mendapat geran tanah yang telah dipohon sejak 2008.

Beliau yang bekerja sebagai pemandu lori telah tinggal di sini sejak 12 tahun lalu memuji Kerajaan Selangor dan Adun Paya Jaras, Mohd Khairuddin Othman yang membantu rakyat untuk mendapatkan geran tanah.

Sementara itu, Shahrul Erham Shaharudin, 35, nyata gembira akhirnya penantian hampir sembilan tahun terbalas apabila turut terpilih menjadi penerima Notis 5A hari ini.

Katanya sebelum ini keluarga beliau pernah membuat permohonan namun kekangan ekonomi mengakibatkan usaha berkenaan terpaksa ditangguhkan.

interview c“Perasaan sangat gembira sebab kita dah tunggu lama sangat lebih kurang hampir sembilan tahun.

“Dekat 30 tahun tinggal disini. Alhamdulillah dengan sistem pembayaran RM1,000 sudah boleh membantu orang ramai,” katanya yang bekerja sebagai peniaga.

Majlis Penyerahan Hakmilik Tanah dan Penyampaian Notis 5A berlangsung meriah di Kampung Sri Indah A disempurnakan oleh Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali.

Seramai 137 orang penerima dengan pecahan 106 orang daripada mereka menerima geran tanah manakala selebihnya menerima Notis 5A yang terdiri daripada penduduk Kampung Sri Indah B dan Kampung Nakhoda.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.