Categories
NASIONAL

Nafi hak Ketua Pembangkang, BN kejam

SHAH ALAM, 10 MAC: Tindakan  kerajaan menyekat Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk hadir berbahas pada Sidang Dewan Rakyat bagi penggal ketiga, semalam seakan menafikan hak beliau sebagai Ketua Pembangkang.

Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar berkata,  PAS kesal dengan keangkuhan Kerajaan Barisan Nasional yang menafikan hak kehadiran itu, sedangkan Anwar belum hilang kelayakan sebagai wakil rakyat Permatang Pauh selagi Lembaga Pengampunan tidak membuat keputusan.

anwar“Tindakan kerajaan menyekat hak demokrasi yang dijamin di sisi Perlembagaan ini bukan sahaja mengecewakan kami Ahli Parlimen pembangkang tetapi seluruh rakyat yang memilih Pakatan Rakyat pada PRU-13 lalu,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, pelbagai alasan diberi untuk menghalang kehadiran Ketua Pembangkang, sedangkan hakikatnya Komisioner Penjara berhak menggunakan budi bicara mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Penjara 1995.

Sekeyen itu memperuntukan Komisioner Jeneral Penjara boleh mengarahkan banduan dibawa ke mana-mana tempat di Malaysia melalui perintah bertulis selepas berpuas hati dengan alasan munasabah yang mengkehendaki kehadiran seseorang banduan di tempat itu.

mahfuz omar“Saya melihat tindakan ini memburukkan imej Malaysia di mata dunia,” katanya.

Katanya, PAS berharap permohonan untuk Ketua Pembangkang hadir berbahas sebagai tanda menjunjung kasih kepada Yang DiPertuan Agong dipertimbang secepat mungkin.

Semalam, dilihat sebagai satu satu institusi legislatif apabila majlis perasmian sidang Dewan Rakyat berlangsung tanpa kehadiran Ketua Pembangkang.

Leave a Reply

Your email address will not be published.