Categories
NASIONAL

Nik Nazmi direman sehingga 11 Mac

SHAH ALAM, 9 MAC: Ketua Pemuda PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad ditahan reman selama tiga hari berikutan penglibatannya menganjur himpunan #KitaLawan, pada 7 Mac lalu.

Perkara itu dimaklumkan Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil melalui mesej Whatsapp sebentar tadi yang dipetik dari Astro Awani.

nik nazmi 2“Harap maklum YB Nik Nazmi Ahmad, Ketua AMK merangkap Exco Kerajaan Selangor telah ditahan reman selama tiga hari hingga hari Rabu, 11 Mac di Balai Polis Jinjang,” tulis mesej itu.

Perkara sama turut disahkan peguam Nik Nazmi, Eric Paulsen ketika dihubungi Astro Awani.

“Ya, beliau direman tiga hari sehingga Rabu. Bagaimanapun, majistret tidak memberikan sebarang sebab, tetapi pihak polis ada memberikan beberapa sebab namun ia dianggap tidak sah.

“Oleh itu, pihak kami akan memfailkan semakan terhadap keputusan majistret,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published.