Categories
NASIONAL

MB: Pakaian hitam ikut kad jemputan

Oleh: AFIX REDZUAN

KUALA LUMPUR, 9 MAC: Pakaian hitam yang dipakai Ahli Parlimen Pakatan Rakyat (PR) ketika menghadiri perasmian pembukaan Parlimen ke-13 hari ini adalah pakaian rasmi yang ditetapkan kepada mereka.

Ahli Parlimen Gombak, Mohamed Azmin Ali, berkata semua pimpinan PR memakai warna berkenaan kerana mengikut apa yang terkandung di dalam kad jemputan yang diedarkan.

“Ini pakaian rasmi kita. Kita ikut kad jemputan,” katanya yang juga Dato’ Menteri Besar Selangor.

Azmin HitamAhli Parlimen PR hari ini mengenakan pakaian hitam pada sesi perasmian pembukaan Parlimen yang disempurnakan Yang DiPertuan Agong Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah.

Pada masa sama, Mohamed Azmin berkata, PR akan menggunakan sidang Dewan Rakyat kali ini sebaik mungkin untuk membahaskan titah ucapan Yang DiPertuan Agong.

Katanya, pembukaan titah ucapan baginda sendiri menyeru semua pihak mengambil tanggungjawab untuk terus memperkukuhkan negara selepas menghadapi cabaran tahun 2014.

“Satu titah yang akan kita bahaskan dan sudah tentu peringatan Tuanku itu berdasarkan senario semasa negara hari ini yang menghadapi cabaran cukup getir dalam soal ekonomi, ketegangan kaum dan agama.

“PR akan menggunakan ruang di Parlimen untuk membahaskan isu ini secara bertanggungjawab,” katanya ketika ditemui di Lobi Parlimen.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.