Categories
NASIONAL

PKR hantar surat benarkan Anwar hadir Parlimen 9 Mac

PETALING JAYA 2 MAC: Surat memohon Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri sidang Parlimen bermula 9 Mac dihantar kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia hari ini.

Ketua Whip Anggota Parlimen PKR, Datuk Johari Abdul, berkata tindakan itu berpaksikan peruntukan Perkara 48 Perlembagaan Persekutuan.

Katanya, Pandikar Amin mengesahkan Anwar masih Anggota Parlimen Permatang Pauh dan ketua pembangkang.

parlimen malaysia anwar grafik 01“Petisyen dikemukakan kepada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah dan belum dibereskan.

“Saya memohon Pandikar Amin menggunakan kedudukan beliau sebagai Speaker Dewan Rakyat menguruskan kehadiran Anwar,” kata Johari pada sidang media di Ibu pejabat PKR di sini.

Johari berkata: “Perkara 48 (4)(c) juga menjelaskan Anwar cuma hilang kelayakan sebagai Anggota Parlimen setelah petisyen yang dikemuka dibereskan (ditolak)”.

Johari berkata beliau sendiri menyerahkan surat permohonan itu kepada Pandikar Amin pagi ini, manakala salinannya diberikan kepada Setiausaha Dewan Rakyat Datuk Roosme Hamzah.

Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga, Parlimen ke-13 akan bersidang hingga 9 April 2015.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.