Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

Rumah Selangorku, ambil kira kuasa beli

Peranan PKNS dalam pelaksanaan Rumah Selangorku tidak kurang pentingnya tetapi masih ramai yang keliru. Wartawan Selangor Kini, Marniza Othman menemu bual Pengurus Besar PKNS, Azlan Md Alifiah untuk penjelasan.

Bagaimana tercetusnya idea Rumah Selangor sebagai rumah mampu milik?

Projek dibuat berdasarkan konsep dikenali Kasih PKNS yang memberi penekanan kepada persekitaran lestari dan holistik untuk isi rumah. Kasih ialah akronim maksud Kehidupan Aman Selesa Indah dan Harmoni. Ia dilengkapi pusat tuisyen komuniti, pusat jagaan kanak-kanak dan lain-lain kemudahan.

DSC_9503Sejarah PKNS bermula dengan pembinaan rumah kos rendah sejak 90-an dengan hampir 156,000 unit dibangun-kan manakala hampir 85 peratus unit ialah jenis rumah kos rendah dan rumah kos sederhana. Kini, PKNS komited untuk melestarikan projek Rumah Selangorku.
Sasaran PKNS bagi tahun ini dan lima tahun akan datang?

Pembinaan rumah mampu milik memerlukan kos tinggi. Oleh itu, kebanyakan pembinaan Rumah Selangorku oleh PKNS, bukan untuk keuntungan. Strateginya ialah melaksanakan Rumah Sela-ngorku sebanyak 7,500 unit bermula 2015 hingga 2019.

Ramai generasi muda merungut sukar mendapatkan rumah bawah RM250,000. Pandangan?

Ada kategori harga yang mampu di-miliki generasi muda. Contoh, Pangsapuri Damai Residensi Bangi di Seksyen 3, Bandar Baru Bangi yang siap tahun lalu. Rumah itu habis dijual pada harga minimum RM60,000 dan maksimum RM190,000.

Yang dalam pembinaan ialah 104 unit di Desa Alam, Seksyen U12. Pada saya, ia mampu dimiliki generasi muda kerana unit yang dijual berharga antara RM100,000 hingga RM150,000. Jangkaan siap hujung tahun ini. Hingga kini, 76 unit sudah dijual.

Interview Khas PKNS isu Datum jelatek (1)PKNS tidak berminat membina rumah bawah RM50,000?

PKNS tidak lagi membina rumah kos rendah. Ia digantikan dengan rumah berharga dari RM60,000 hingga RM250,000.

Apakah lokasi Rumah Selangorku strategik? Bagaimana pula pada masa depan?

PKNS siapkan projek Selayang Mutiara di Bukit Botak dan  Pangsapuri Damai Residensi Bangi di Seksyen 3, Bandar Baru Bangi. Yang dalam pembinaan ialah Projek Pangsapuri 6 tingkat di Desa Alam, U12, Shah Alam, Seksyen 1D di Antara Gapi  dan di Seksyen 5, Kota Puteri.

Dalam perancangan pula ia-lah projek di Science Park 2, Cyberjaya yang akan dibina pada 2016, Pangsapuri 12 tingkat di Kampung Sri Temenggung, Selayang.

Rumah teres dua tingkat juga dalam perancangan melibatkan lokasi di Rasa, Hulu Selangor, di Antara Gapi, di Laman 1, Bernam Jaya dan di Seksyen 9, Kota Puteri dengan harga maksimum RM250,000.

Lokasi itu antara kawasan yang ada permintaan tinggi. Projek di Science Park 2, Cyberjaya antara tumpuan pembeli kerana ia kawasan ‘hotspot’ di Lembah Klang.

Bagaimana PKNS membina rumah mampu milik dan menjana keuntungan pada masa sama?

Debbin 1Membina Rumah Selangorku memerlukan kos tinggi. Contoh projek Selayang Mutiara di Bukit Botak dengan jualan RM99,000. PKNS kerugian hampir RM80 juta. Bagi Seksyen 3, Bandar Baru Bangi, PKNS rugi RM12 juta.

Sebenarnya, keuntungan PKNS dijana melalui projek perumahan Siri Signature (Rumah Kos Sederhana) dan Siri Prestij (Rumah Kos Tinggi) bagi menampung kerugian itu. Dalam 15 tahun akan datang, subsidi yang ditanggung PKNS ialah RM1 bilion hingga RM3 bilion, bergantung kepada kos.

Bagaimana Rumah Selangorku membantu generasi muda memiliki  rumah?

Isu pokok ialah kemampuan pembeli. Sebagai agensi pelaksana Rumah Selangorku, PKNS menyokong dasar Kerajaan Selangor untuk membantu rakyat memiliki rumah sendiri terutama golongan berpendapatan rendah. Isu rumah melibatkan ke-perluan kehidupan selain makanan dan pakaian.

Tiada cadangan membina rumah konsep sewa milik pada masa depan?

Pembangunan rumah dengan konsep sewa milik bergantung kepada kewangan sesebuah pembangunan. Sebagai pemaju, rumit apabila terpaksa menanggung kos bagi pihak kontraktor untuk pembinaan. Melainkan ada geran atau program dengan bantuan Kerajaan Negeri atau Kerajaan Pusat bantu dari segi kewangan untuk unit itu. Maka, mungkin ia dapat disewakan.

Bagaimana PKNS mengelakkan projek terbengkalai. Bagaimana dengan prestasi dan usaha menangani isu itu?

PKNS mengekalkan rekod cemerlang dengan tiada projek perumahan terbengkalai. Lambat siap ada. Tapi penting setiap projek yang dirancang siap se-perti konsep ‘bina dan jual’.

antara gapi2Contoh kejayaan projek pemulihan rumah terbengkalai pula ialah Selayang Mutiara di Bukit Botak.

PKNS turut menerima peluang mengambil alih beberapa projek terbengkalai. Terbaharu anak syarikat PKNS, Selangor Industrial Corporation mengambil alih projek terbengkalai di U10, Shah Alam untuk dibangunkan semula.

Nasihat kepada bakal pembeli Rumah Selangorku?

Pemilihan dibuat Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS), bukan bidang kuasa PKNS. Daftarlah segera kerana mereka yang akan memastikan penawaran dan permintaan sesebuah projek perumahan.

Data itu akan dikaji bagi menentukan permintaan pendu-duk bagi sesebuah kawasan. Harga rumah makin mahal di Selangor dan Kuala Lumpur dengan jangkaan kenaikan antara 11 hingga 12 peratus.

Leave a Reply

Your email address will not be published.