Categories
SELANGOR

LAPORAN KHAS: Lantik ‘task force’ berwajib, elak sewa atas sewa

Oleh: NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 5 MAC: Perlantikan ‘task force’ di bawah badan berwajib perlu dilaksanakan bagi memastikan tidak wujud sewa atas sewa yang membabitkan Projek Perumahan Rakyat (PPR).

Adun Kota Damansara, Halimaton Saadiah Bohan berkata, ‘task force’ itu boleh diletakkan di bawah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Badan Pengurusan Bersama (JMB) atau Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS).

Katanya, pasukan khas itu perlu menjalankan pemantauan berterusan dan siasatan dalam kes terbabit.

_MG_1164“Saya menyarankan kita lantik pasukan khas bagi menjalankan siasatan terhadap pemilik sewa atas sewa ini,” katanya.

Halimaton berkata, sikap tidak bertanggungjawab penyewa terbabit akan menyukarkan ramai lagi penduduk berpendapatan rendah menunggu giliran untuk memiliki PPR.

Beliau berkata, tindakan tegas perlu dikenakan kepada penyewa tempatan yang bertindak menyewakan unit kediaman mereka kepada warga asing.

“Ini perkara serius. Seharusya, perkara ini tidak berlaku. Mereka yang bertindak menyewakan kepada orang lain itu bermakna mempunyai rumah lain.

“Jadi, tindakan tegas perlu diambil. Masih ramai penduduk menunggu untuk tinggal di PPR contohnya di Seksyen 8, jadi lebih baik kita bagi kepada orang yang lebih layak,” katanya.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.