Categories
SELANGOR

Sabak Bernam berwajah baru 2025

Oleh : NAEEM RAFFI

SABAK BERNAM, 20 MAC: Sektor ekonomi mapan dan peluang pekerjaan bermutu akan dinikmati masyarakat Sabak Bernam selepas penstrukturan semula wilayah utara itu, menjelang 2025.

Adun Sabak, Sallehin Mukhyi berkata, wilayah itu akan dilengkapi rangkaian pembangunan prasarana di pekan kecil, perumahan dan pusat pendidikan.

Katanya, usaha kolektif itu diambil bagi menurunkan kadar kemiskinan kawasan Sabak Bernam yang dikatakan antara tertinggi di Selangor dan mempertingkatkan taraf kehidupan penduduk selain menjamin peluang pekerjaan dalam kalangan belia tempatan.

padi_sabak_01“Walaupun usaha berkenaan melibatkan tempoh 12 tahun lagi untuk disempurnakan, Kerajaan Negeri sudah mula membangunkan projek Rumah Mampu Milik (Rumah Selangorku), Hentian Rehat dan Rawat (R&R).

“Bermula 2016 pula, kita akan membangunkan Maahad Tahfiz Sains di Bagan Terap. Pusat pengajian ini membolehkan kemasukan lebih ramai pelajar dan sudah tentu akan merancakan lagi pembangunan ekonomi, di sini.

“Selepas ini, kita akan membangunakan pekan kecil di Sabak Benam dalam usaha merangsang ekonomi setempat,” katanya merujuk kepada fasa pembangunan dalam Perancangan Tempatan Majlis Daerah Sabak Bernam (MDKS) yang dijangka siap sepenuhnya, menjelang 2025.

Bercakap kepada Selangor Kini, Sallehin berkata, lanskap di Sabak Bernam juga perlu dinaiktaraf bagi memastikan ia seiring dengan kemajuan negeri.

Sallehen Mukhyi“Sabak Bernam sering dilihat sebagai wilayah kelas ketiga yang serba kekurangan, sedangkan masyarakat di sini juga memberi sumbangan cukup besar kepada kerajaan negeri.

“Kita juga akan memanfaatkan kelebihan kawasan hijau dengan menjelmakan ia sebagai bandar argopolitan. Dua lokasi yang akan dibangunkan secara komprehensif itu adalah Ladang Air Manis dan Sungai Lang.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.