Categories
SELANGOR

MB: Rumah Selangorku fokus bandar, 40,000 permohonan diterima

Oleh: LIZAWATI MADFA

KLANG, 20 MAC: Skim Rumah Selangorku akan dibina di kawasan bandar bagi memenuhi permintaan tinggi pembeli yang bekerja di kawasan perbandaran.

Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali berkata, daripada 40,000 permohonan diterima, seramai 96 peratus memohon rumah di kawasan Lembah Klang.

rumah selangorku 6“Jadi kita bina bagi memenuhi permintaan yang begitu mendesak ini,” katanya di hadapan lebih 500 hadirin.

Beliau berkata demikian dalam Majlis Pelancaran dan Pendaftaran Rumah Selangorku Bandar Bukit Raja di sini.

Hadir sama Exco Perumahan, Datuk Iskandar Abdul Samad dan Pengarah Urusan Sime Darpy Property (SDP), Datuk Seri Abdul Wahab Maskan.

Pada masa sama, Mohamed Azmin mengulangi komitmen Kerajaan Negeri menyediakan Rumah Mampu Milik untuk rakyat Selangor.

“Antara insentif kita sediakan termasuk mengurangkan kadar premium tanah daripada 25 kepada 10 peratus sahaja, pengecualian caj pemajuan, dan ‘density’ 120 unit setiap ekar.

“Malah kita juga ada jawatankuasa khas diketuai Datuk Iskandar yang akan memberi kelulusan segera kepada permohonan pembinaan rumah mampu milik maksimum dua bulan kelulusan,” katanya lagi.

Terdapat 2,403 unit Rumah Selangor Bandar Bukit Raja dengan harga bermula RM150,000 hingga RM250,000.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.