Categories
SELANGOR

Selangor intai peluang bawa Liverpool ke Shah Alam

Oleh: NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM: Selangor mengintai peluang untuk membawa pasukan handalan, Liverpool bertandang ke negeri ini pada masa akan datang, kata Amirudin Shari.

Terdahulu, Exco Pembangunan Generasi Muda, Sukan, Kebudayaan dan Pembangunan Usahawan itu melalui twitter menyatakan ada pengumuman berkaitan pasukan itu.

Liverpool_3095961b“Saya ada cuba usahakan perlawanan Selangor-Liverpool sebelum ini tetapi kali ini agak lewat memandangkan jadual Liverpool yang agak ketat.

“Mungkin, kalau kita bernasib baik dan ada permintaan, Selangor juga berpeluang bertemu pasukan Liga Perdana Inggeris pada masa akan datang,” katanya kepada Selangor Kini.

Liverpool, antara kelab bola sepak paling berjaya di dunia dengan pencapaian 18 kali menjulang kejuaraan Liga Inggeris dan lima kali kejuaraan Liga Eropah, memiliki ramai peminat di negara ini.

Bagaimanapun, Amirudin berkata, usaha membawa pasukan elit ke Stadium Shah Alam bukan mudah dan bukan keutamaan berbanding usaha membangunkan bola sepak Selangor.

“Selain menonton lebih dekat pemain bintang beraksi, pasukan yang bermain dengan pasukan elit seperti Liverpool, dapat menimba pengalaman dan pendedahan berguna,” katanya.

Liverpool dijadual mengadakan perlawanan persahabatan menentang pasukan pilihan Malaysia pada 24 Julai di Stadium Bukit Jalil.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.