Categories
SELANGOR

Selcat: Naik sewa PPR dibuat 2007 sebelum PR memerintah

Oleh: AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM, 3 MAC: Keputusan menaikkan kadar sewa dari RM124 kepada RM250 sebulan terhadap penghuni Program Perumahan Rakyat (PPR) diluluskan pada 2007 iaitu sebelum Pakatan Rakyat (PR) mengambil alih tampuk pemerintahan di Selangor.

Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar, Datuk Iskandar Abdul Samad, berkata sekiranya sewa dikekalkan pada kadar RM124 sebulan, maka Kerajaan Negeri terpaksa menanggung subsidi hampir RM1 juta setahun.

yb iskandar 1Katanya keputusan menaikkan kadar itu bertujuan mengelakkan defisit peruntukan tahunan Kerajaan Selangor.

“Bukan semua kena bayar RM250 sebulan, hanya mereka yang berpendapatan lebih RM1,500 akan membayar nilai sewa itu.

“Malah kalau kita lihat kebanyakan rumah PPR yang sama di luar mengenakan bayaran sewa antara RM400 hingga RM600 sebulan, katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi pendengaran Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan Kebertanggungjawaban (Selcat) di Dewan Annex, hari ini.

Iskandar yang juga Adun Cempaka, mengakui masalah ini turut berlaku di PPR yang lain namun sesi penjelasan secara berkala akan dilakukan untuk makluman mereka.

Mengulas lanjut, beliau berkata Kerajaan Negeri turut memperuntukkan sejumlah RM5 juta untuk membaikpulih PPR Kota Damansara.

“Selepas kejadian kematian kanak-kanak di situ, Kerajaan Negeri memperuntukkan pada November sebanyak RM5 juta untuk baik pulih.

“Kita minta Perumahan Hartanah Selangor Berhad (PHSB) lakukan kerja-kerja selenggara supaya kejadian sama tidak berulang,” katanya lagi.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.