Categories
SELANGOR

Slogan ‘kita lawan’ di Sukma: MOM jangan berfikiran sempit

Oleh: NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 30 MAC: Isu slogan ‘Kita Lawan’ yang dijadikan slogan kontinjen Sukan Malaysia (Sukma) Selangor bukan suatu isu besar yang perlu diperdebatkan.

Exco Pembangunan Generasi Muda, Sukan, Kebudayaan dan Pembangunan Usahawan, Amirudin Shari berkata, ini berikutan, Majlis Olimpik Malaysia (MOM) seharusnya lebih menumpukan isu pembangunan sukan termasuk menjalin hubungan baik antara Kerajaan Negeri dan Persekutuan.

SUKMA XVI 01“Jangan berfikiran sempit. Kita cuma nak tanamkan semangat bersaing yang sihat dikalangan atlit kita.

“MOM lebih baik menumpukan persoalan asas sukan dan melihat hubungan Selangor dan pusat dan bagaimana kita jarang dipanggil dari zaman Datuk Dr Yunus sampai sekarang nak jumpa masih tak dapat.

“Ini lebih penting. Saya tak ada masa nak bertelagah pasal slogan kerana apa yang lebih penting untuk saya fikirkan adalah program pembangunan sukan negeri,” kata Amirudin ketika dihubungi Selangor Kini.

Justeru itu jelas Amirudin, pihak beliau tidak mempunyai sebarang masalah sekiranya slogan ‘Kita Lawan’ dikekalkan atau ditukar kepada slogan lain.

Terdahulu, MOM menyarankan kontinjen Selangor mengugurkan slogan ‘Kita Lawan’ dalam Sukma akan datang berikutan persamaan dengan slogan perhimpunan membantah pemenjaraan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.