Categories
SELANGOR

Sultan titahkan tanah rizab Melayu diambil pembangunan diganti

Oleh: NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 30 MAC: DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini menitahkan agar tanah rizab Melayu yang diambil bagi tujuan pembangunan sebelum ini diganti.

Langkah itu perlu diambil bagi memastikan tanah rizab Melayu terus kekal sekaligus memelihara kepentingan golongan bumiputra di negeri itu.

“Wajar diingatkan agar hak-hak orang Melayu dan Bumiputra mesti dipertahankan termasuk jumlah keluasan Tanah Rizab Melayu selaras dengan Perkara 89, Fasal 3, Perlembagaan Persekutuan.

“Sebarang bentuk penggantian tanah baru haruslah “serupa keadaannya” dan mempunyai nilai pasaran yang kompetif.

“Beta mahu usaha mengantikan Tanah Rizab Melayu yang dibatalkan akibat projek pembangunan digantikan segera,” titah Tuanku.

Baginda bertitah demikian dalam titah ucapan perasmian Pembukaan Persidangan Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor (DNS) yang ke-13 Tahun 2015 hari ini.

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.