Categories
SELANGOR

Tolak cadangan bonus 3 bulan MBPJ, keputusan Kerajaan Negeri wajar

Oleh: HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 5 MAC: Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) perlu akur dengan keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) berhubung pembayaran bonus satu bulan gaji kepada ahli majlis dan kakitangannya.

Adun Taman Medan, Haniza Mohd Talha berkata, keputusan MMKN itu dianggap wajar kerana berpandukan amalan dibuat Kerajaan Negeri selama ini.

Bajet MBPJ“MBPJ kena akur dengan keputusan itu. Kerajaan Negeri sendiri tidak beri bonus sehingga tiga bulan.

“Adalah tidak wajar MBPJ melangkaui Kerajaan Negeri dengan cadangan itu,” katanya kepada Selangor Kini, di sini, hari ini.

Bagaimanapun, Haniza berkata, ganjaran wajar diberikan berpandukan hasil kerja cemerlang dipamerkan ahli majlis dan kakitangan, selain mengambil kira kepuasan hati masyarakat.

haniza“Yang sebaiknya adalah kita memberi insentif apabila mereka menunjukkan prestasi cemerlang,” katanya.

Baru-baru ini, MMKN menolak cadangan MBPJ untuk memberi Ganjaran Khas Prestasi Majlis 2014 tiga bulan gaji kepada ahli majlis dan kakitangannya.

Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali berkata, bagaimanapun MMKN bersetuju dengan ganjaran satu bulan kepada kakitangan MBPJ tertakluk kepada syarat ketat penilaian prestasi menyeluruh.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.