Categories
SELANGOR

Ahli PAS perlu beri maklumat jika ada provokasi & ancaman

Oleh: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 5 MAC: PAS Selangor menggesa setiap ahlinya memantau dan memberi maklumat kepada pihak polis jika terdapat usaha memprovokasi serta mengancam mana-mana ahli atau pimpinan parti.

Setiausaha PAS Selangor, Mohd Khairuddin Othman berkata, pihaknya memandang serius kes pukul yang mencederakan Ahli Jawatankuasa Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad, pagi tadi.

khairuddin othman“Kita tidak bertolak ansur dengan sebarang tindakan jenayah dan minta polis menyiasat kejadian berkenaan sehingga pelaku ditangkap serta dibawa ke pengadilan.

“Semoga Dr Dzulkefly segera sembuh dan di dalam perlindungan Allah sentiasa,” katanya dalam satu kenyataan sebentar tadi.

Terdahulu, Ketua Pemuda PAS, Suhaizan Kaiat yang berjaya menghubunginya memaklumkan Dzulkefly akan membuat laporan polis berhubung insiden itu.

Dzulkefly dilaporkan memberitahu, penjenayah bertanya ‘kenapa kurang ajar’ selepas bertindak menumbuk beliau di muka dan dahi.

Cubaan Selangor Kini untuk menghubungi Dzulkefly menerusi panggilan telefon masih tidak berjawab.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.