Categories
SELANGOR

Fomca: Jika konsesi capai pulangan, wajar mansuh tol

Oleh: HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 21 APR: Tol Batu Tiga dan Sungai Rasau wajar dimansuhkan jika syarikat konsesi mendapat pulangan semula sepanjang tempoh kontrak sebelum ini.

Timbalan Presiden Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna-Pengguna Malaysia (Fomca), Mohd Yusof Abdul Rahman berkata, langkah itu perlu jika segala pelaburan sudah diperoleh.

tol auotmatik 1“Adakah syarikat konsesi sudah mendapat balik segala pulangan dilaburkan? Kalau sudah, maka tol perlu dimansuhkan kerana perlu berlaku adil,” katanya kepada Selangor Kini.

Mohd Yusof berkata, perjanjian penyambungan kontrak baharu boleh dilakukan jika apa dinyatakan belum dicapai tetapi membabitkan kadar tarif lebih rendah dan munasabah.

“Namun, tempoh penyambungan 20 tahun itu munasabah atau tidak? Atau sepatutnya 10 tahun sahaja?

FOMCA“Kita kena tengok semula kewajaran tempoh sambungan itu,” katanya.

Beliau berkata, Kerajaan Persekutuan perlu meneliti semula perkara terbabit kerana tempoh 20 tahun itu panjang.

“Isu di Batu Tiga dan Sungai Rasau penyelenggaraan sahaja. Berbeza di Lebuhraya Utara-Selatan kerana ada proses pelebaran,” katanya.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.