Categories
SELANGOR

Audit: Yayasan Selangor perlu pelan strategik tingkat prestasi selenggara hartanah

Oleh: AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 7 APRIL: Yayasan Selangor perlu menyediakan perancangan strategik jangka panjang yang lebih teliti dan teratur bagi milikan pengurusan hartanah untuk menjana pendapatan supaya matlamat penubuhan dapat direalisasikan.

Perancangan perlu mengambil kira kesan sebelum sesuatu keputusan diambil terhadap pelaksanaan projek pembangunan bagi mengelak kerugian di pihak Yayasan.

LKAN Selangor1Ia antara syor diberikan Jabatan Audit Negara ekoran prestasi penyenggaraan hartanah kurang memuaskan.

“Yayasan perlu mempergiatkan aktiviti pemasaran hartanah untuk menarik lebih ramai penyewa dan mewujudkan mekanisme pemantauan terhadap kutipan tunggakan sewa yang lebih berkesan serta memastikan prosedur berhubung kutipan tunggakan sewaan dikuat kuasa.

“Mereka juga perlu memastikan sebarang perjanjian usaha sama pada masa akan datang mempunyai klausa menjamin kepentingan Yayasan sekiranya berlaku kegagalan projek serta memastikan Yayasan mendapat pulangan setimpal dengan nilai tanah yang diserah kepada syarikat swasta untuk dibangunkan,” katanya dalam Laporan Audit Negeri Selangor 2014.

Berdasarkan penemuan pengauditan dijalankan dari bulan September hingga Disember 2014 mendapati secara keseluruhannya prestasi dan pelaksanaan pengurusan hartanah milik Yayasan adalah kurang memuaskan.

Ini kerana terdapat penagguhan beberapa projek selain usaha sama yang dijalinkan tidak memberikan pulangan keuntungan lumayan kepada Yayasan.

“Prestasi pendapatan pengurusan hartanah tidak mencapai sasaran ditetapkan sementara purata kadar penghunian bagi penyewaan hartanah yang rendah. Manakala tunggakan sewaan hartanah yang tinggi iaitu berjumlah RM10.35 juta setakat Ogos 2014.

“Pulangan hasil projek usaha sama pembangunan di tanah Mukim Hulu Yam kurang memuaskan apabila Yayasan hanya menerima 25.3 peratus daripada pulangan tunai dijanjikan. Manakala baki pulangan diselesaikan secara bayaran ‘in kind’ tetapi sebahagian daripada pulangan tersebut kurang ekonomik dalam menjana pendapatan kepada Yayasan.

“Projek pembangunan semula bangunan Yayasan di Bukit Bintang yang tertangguh mengakibatkan anggaran kehilangan hasil sewaan berjumlah RM15.12 juta mulai September 2012 hingga Ogos 2014.

“Manakala cadangan projek pembangunan Kampung Pandan di tapak Asrama Yayasan Selangor Kuala Lumpur (AYSKL) menyebabkan pelajar dipindah dan AYSKL dikosongkan sepenuhnya pada bulan Disember 2012 sedangkan projek masih tertangguh,” jelasnya lagi.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.