Categories
SELANGOR

CCTV & pencahayaan bantu kurang kes jenayah 20%

Oleh: NAEEM RAFFI

SHAH ALAM, 7 APRIL: Indeks jenayah menurun sebanyak 19.73 peratus dengan penggunaan kamera litar tertutup (CCTV) oleh pihak berkuasa tempatan (PBT).

Exco Kerajaan Tempatan, Ean Yong Hian Wah (DAP-Seri Kembangan) berkata pencahayaan tambahan di kawasan panas setiap PBT turut membantu mencegah kes jenayah.

DNS-2015-small“CCTV sedia ada mempunyai hubungan antara PBT dan ibu pejabat Polis Daerah.

“Ia berkesan membendung vandalisme, kegiatan sumbang, maksiat dan minum arak,” katanya menjawab pertanyaan lisan Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail (PKR-Kajang) dalam Dewan Negeri Selangor (DNS) hari ini.

Statistik Polis menyatakan kadar jenayah di Selangor bagi 2014 adalah 6,608 kes.

Manakala 2015 menurun kepada 5,304 kes dengan penurunan 1,304 kes (19.73 peratus).

Kes curi motosikal menunjukkan penurunan tertinggi 967 kes, diikuti kes samun berkumpulan tanpa senjata (296) dan kes pecah rumah dan curi (276).

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.