Categories
SELANGOR

DNS lulus klausa FOI pihak ketiga jaga kepentingan awam

Oleh: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 8 APR: Dewan Negeri Selangor (DNS) hari ini meluluskan usul mewajibkan klausa Enakmen Kebebasan Maklumat dalam perjanjian melibatkan kepentingan awam dengan pihak ketiga.

Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (SELCAT), Hannah Yeoh berkata, dengan itu status dokumen perjanjian boleh dimaklumkan kepada orang ramai tanpa perlu meminta izin pihak ketiga.

DNS-2015-small“Kita sarankan sebelum tandatangani dokumen seperti Perjanjian Air, masukkan dalam kontrak di Selangor ada enakmen Kebebasan Maklumat.

“Ini adalah hasil pertemuan dalam kes sebelum ini apabila ada permintaan untuk akses dokumen tetapi pihak ketiga tidak benarkan,” katanya dalam sidang media di Lobi DNS.

Turut serta ialah anggota SELCAT lain, Ng Suee Lim (DAP-Sekinchan), Dr Xavier Jayakumar (PKR-Seri Andalas), Haniza Talha (PKR-Taman Medan) dan Shaari Sungib (PAS-Hulu Klang).

Mengulas lanjut, Hannah yang juga Speaker DNS berkata, pegawai maklumat disarankan diberikan latihan dan pendedahan mengenai enakmen baru itu.

“Ada juga kejadian maklumat tidak sepatutnya didedahkan kepada pihak tertentu untuk tujuan promosi produk.

“Sebab itu penting pegawai menjalani latihan,” katanya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.