Categories
SELANGOR

Exco: Halaman seni bukan pamplet politik

Oleh LIZAWATI MADFA

PETALING JAYA 10 APR: Tanggapan pengisian seni dan budaya hanya tempelan kosong harus diubah, kata Exco Pembangunan Generasi Muda, Sukan, Kebudayaan dan Pembangunan Usahawan, Amirudin Shari.

Beliau berkata, halaman yang memuatkan cerpen, puisi dan rencana dalam akhbar rasmi Kerajaan Selangor itu bukan pamplet politik.

“Sebab itu, pentadbiran baharu membuka ruang dua halaman seni supaya rakyat dapat melihat Selangor Kini sebagai sebuah akhbar.

“Kita mahukan pembangunan berkualiti bukan sudut binaan sahaja tetapi pembangunan yang diisi dengan semangat menerusi seni dan budaya,” katanya.

paksiCCJ0poqVIAE18PRBeliau berucap demikian pada majlis pelancaran buku Jelajah Budaya karya Pengerusi Seniman Paksi Rakyat (PAKSI) Dinsman di Rumah Gerak Budaya di sini malam tadi.

“Saya beli 56 buku itu untuk diedar kepada semua 56 Adun di Selangor untuk mereka baca dan nilai sendiri,” katanya.

Semalam, PAKSI menyerahkan memorandum kepada semua Adun Selangor bagi memartabat seni budaya di Selangor sekali gus menjadi contoh negeri lain.

Ia ekoran kenyataan Adun Paya Jaras, Khairuddin Othman yang mencadangkan halaman seni dalam SelangorKini, diganti pada sidang DNS 2 April lalu.

FZL

Leave a Reply

Your email address will not be published.