Categories
NASIONAL

Mahkamah Tinggi mansuh keputusan pembebasan 11 aktivis BERSIH

SHAH ALAM, 10 APR: Mahkamah Tinggi hari ini memansuhkan keputusan Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur sebelum ini yang membebaskan 11 individu terlibat dalam perhimpunan BERSIH, pada 2007.

Naib Presiden PKR, Tian Chua berkata demikian menerusi laman makro Twitternya.

Beliau berkata, mahkamah menjatuhkan hukuman denda RM8,000 seorang.

bersih 3Bagaimanapun, keputusan hari ini tidak melibatkan pembebasan Tian Chua dan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.

Hal itu bermaksud, Mohamad Sabu dan Tian Chua kekal bebas demikian yang dipetik daripada laporan Malaysia Kini.

Pada 27 Februari 2013, Mahkamah Seksyen Kuala Lumpur membebaskan Mohamad Sabu dan 13 lagi dari tuduhan menyertai perhimpunan haram ketika himpunan BERSIH, pada  2007.

Mereka dituduh menyertai perhimpunan yang dianjurkan Bersih di beberapa tempat termasuk di perkarangan Masjid Negara, Jalan Istana Baru, Jalan Raja Laut dan berdekatan pusat beli-belah Sogo di Jalan Tuanku Abdul Rahman antara jam 1 tengah hari dan 4 petang, pada 10 November 2007.

BERSIH_duduk_jamekMereka dituduh mengikut Seksyen 143 dan 145 Kanun Keseksaan dengan tuduhan pilihan mengikut Seksyen 27(4)(a) Akta Polis 1967.

Mengikut Seksyen 143, jika sabit kesalahan mereka boleh dihukum penjara maksimum enam tahun atau didenda atau kedua-duanya sekali.

Manakala, bagi seksyen 145 pula hukuman yang boleh dikenakan adalah dua tahun penjara atau denda atau kedua-duanya sekali.

Sementara, seksyen 27(5)(a) pula memperuntukkan hukuman denda RM10,000 dan penjara tidak melebihi satu tahun jika sabit kesalahan.

Leave a Reply

Your email address will not be published.