Categories
NASIONAL

FOMCA: GST bil air & elektrik tambah beban rakyat

Oleh: HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 22 APR: Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang dikenakan bagi penggunaan elektrik dan air meningkatkan beban pengguna kerana ia keperluan asas.

Timbalan Presiden Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna-Pengguna Malaysia (Fomca), Mohd Yusof Abdul Rahman, berkata kesan itu semakin dirasai golongan berpendapatan rendah dan sederhana.

FOMCA“Mereka terbeban kerana perbelanjaan atau pendapatan mereka sudah menjadi semakin kecil.

“Mereka terpaksa memperuntukkan sebahagiannya untuk membayar GST,” katanya kepada Selangor Kini di sini, hari ini.

Penggunaan elektrik melebihi 300 kilo walt kini dikenakan GST manakala penggunaan air dari meter pukal tidak terkecuali daripadanya.

Katanya, kecuali barangan dan perkhidmatan tertentu, hampir kebanyakannya yang lain dikenakan GST dan ini mendatangkan kesan kepada orang ramai.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.