Categories
NASIONAL

FOMCA: Peniaga kaut keuntungan GST, pengguna terus terbeban

SHAH ALAM, 9 APR: Harga barangan didapati meningkat 20 hingga 30 peratus selepas perlaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang bermula 1 April lalu.

Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) mengadakan pemantauan ke atas peniaga dalam meletakkan tanda harga, kedudukan harga dan resit bayaran di salah satu pusat membeli belah, di Kelana Jaya, semalam.

Timbalan Presiden FOMCA, Mohd Yusof Abdul Rahman berkata, harga barangan dipamerkan akan dibandingkan dengan harga dalam Buku Panduan Harga Pengguna yang ditetapkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).

GST Grafik Baru“Kita dapati kebanyakan harga dinaikkan sebanyak 20 hingga 30 peratus lebih tinggi berbanding apa yang terkandung dalam buku panduan harga terbabit.

“Peniaga mengambil keuntungan sendiri dan tidak mengikut piawaian yang ditetapkan sehingga membebankan pengguna.

“Fomca akan teruskan pemantauan dari semasa ke semasa terhadap peniaga atau premis yang tidak meletakkan harga sebelum dan selepas GST,” katanya yang dipetik MStar.

Lebih 1000 aduan yang diterima sejak perlaksanaan GST berkenaan peniaga yang cuba mengenakan GST sedangkan mereka tidak berdaftar sebagai peniaga yang dikenakan cukai.

Leave a Reply

Your email address will not be published.