Categories
SELANGOR

GST: Belum ada keperluan PBT wujud kiosk terima aduan

Oleh: AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM, 14 APR : Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Selangor tidak mempunyai keperluan mewujudkan kiosk khas menerima laporan orang ramai berhubung peniaga mengambil kesempatan ekoran pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

Sebaliknya, kata Exco Kerajaan Tempatan, Ean Yong Hian Wah, bidang kuasa itu terletak di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia.

GST Grafik Baru“Sepatutnya pihak berkenaan (kerajaan) perlu menjalankan siasatan dan ambil tindakan terhadap mereka yang tidak bertanggungjawab ini.

“Jangan tolak tanggungjawab ini kepada Kerajaan Negeri atau PBT kerana ia bukan di bawah bidang kuasa kita,” katanya kepada Selangor Kini.

Bagaimanapun, katanya terpulang kepada mana-mana Kerajaan Negeri untuk melaksanakan tindakan sedemikian sekiranya merasakan ada keperluan.

“Terpulang kepada Kerajaan Negeri kalau nak laksanakan, cuma pendirian Kerajaan Selangor tetap sama iaitu menolak GST kerana ia membebankan rakyat,” katanya lagi.

Terdahulu, Kerajaan Terengganu mengarahkan semua PBT supaya mewujudkan kiosk khas untuk menerima laporan daripada orang ramai sekiranya peniaga didapati melakukan kesalahan dalam pelaksanaan GST.

Aduan yang diterima itu akan disalurkan kepada Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan KPDNKK untuk tindakan selanjutnya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.