Categories
SELANGOR

Kejohanan Badminton Piala Dato’ MB dapat sambutan luar biasa

Oleh: NAEEM RAFFI

GOMBAK, 12 APR: Kejohanan Badminton Terbuka Gombak Piala Dato’ Menteri Besar Selangor 2015 mendapat sambutan luar jangkaan apabila lebih 250 peserta termasuk Sabah dan Sarawak menyertainya.

Pengarah Kejohanan, Mohd Hafiz Sanordin, berkata pihaknya tidak menyangka penganjuran julung kali itu akan menerima sambutan cukup hebat.

badminton gombak3“Kita dapatkan rasakan, sukan ini cukup kuat menarik belia apabila gelanggang ini dipenuhi peserta.

“Sehinggakan perlawanan akhir bagi perseorangan dan beregu lelaki dan wanita yang dijadualkan semalam terpaksa dianjak ke hari ini,” katanya yang ditemui Selangor Kini di Sinamax Badminton Court, di sini.

Kejohanan anjuran Angkatan Muda Keadilan (AMK) Gombak dibarisi 13 pengadil profesional dari Persatuan Pengadil Badminton Selangor itu dirasmikan Adun Hulu Kelang, Saari Sungib.

“Satu petanda baik dan bukti imej pentadbiran Pakatan Rakyat disenangi semua pihak.

“Lihat sahaja hari ini, ratusan penyertaan malah dari luar Selangor hadir memburu piala Dato’ Menteri Besar,” katanya.

Terdahulu, Saari bertemu dengan Naib Ketua AMK, Mohd Radzlan Jalaluddin dalam perlawanan pertunjukkan.

Siti Nur Shuhaina Azam, 19, dari Rawang berjaya membawa pulang piala, pingat berserta wang tunai RM300 apabila muncul juara perseorangan wanita.

Juara kategori beregu wanita pula juga milik Siti Suhahaina bersama saudara kandungnya Siti Nur Shuhadah Azam. Mereka membawa pulang piala, pingat dan wang tunai RM500.

Sementara itu, juara bagi kategori perseorangan lelaki milik Muhammad Umar Al Qhatab Mohamed Shaffie dari Sri Damansara membawa pulang piala, pingat berserta wang tunai RM500.

Juara kategori beregu lelaki dimenangi pasangan dari Pahang, Muhamad Akmal Nakim Yunus dan Baljit Singh Sarban Singh. Mereka membawa pulang piala, pingat berserta wang tunai RM700.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.