Categories
SELANGOR

Shah Alam miliki kelebihan generasi muda jalankan aktiviti kemasyarakatan

Oleh: HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 12 APR: Bandar raya Shah Alam memiliki banyak kelebihan dan keunikan tersendiri untuk menjalankan pelbagai aktiviti sukan dan kemasyarakat demi kebaikan komunitinya.

Jurutera Projek, Nina Nabilah Ruslan, 25, berkata dengan itu, Shah Alam sesuai sebagai lokasi penganjuran program dan ia harus digunakan sebaiknya.

Katanya, program larian seperti Unisel Fund Run 2015 amat baik untuk disertai dengan kemenangan bukan sasaran utama tetapi lebih kepada ke arah mengeratkan hubungan bersama masyarakat.

Fund RUn Anjuran UNISEL di D.Kemerdekaan Shah Alam (15)“Kelebihan Shah Alam kerana terdapat banyak taman yang sesuai untuk aktiviti sebegini, jadi ia perlu diperbanyakkan supaya komuniti di sini tidak perlu pergi jauh ke Putrajaya atau Kuala Lumpur.

“Selain larian, program seperti sukan lasak dan memanjat dinding boleh diadakan di bandar raya ini,” katanya kepada SelangorKini di sini, hari ini.

Pelajar Ijazah Kewangan Unisel, Muhamad Muzakir Rosmi, 24, berkata, aktiviti larian itu menambahkan keakraban antara pelajar dan masyarakat setempat di sini.

“Biasanya hujung minggu ramai yang hanya duduk rumah dan ada aktiviti macam ini, kita dapat bersama. Ia juga mengekalkan kecergasan diri,” katanya.

Muhamad Asyraaf Amran, 19, yang kali pertama menyertai acara itu menyatakan program seperti itu harus digalakkan dan dianjurkan dengan kerap pada masa depan.

“Aktiviti sukan dan rekreasi ini bagus untuk menjalin hubungan antara sesama masyarakat.

“Saya suka menyertainya dan banyak manfaat yang kita peroleh bila turut bersama,” kata pelajar Diploma Kejuruteraan Universiti Pengurusan dan Sains (MSU) itu.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.