Categories
NASIONAL

Kementerian Kewangan gagal serah laporan maklum balas syor PAC

Oleh: AFIX REDZUAN

KUALA LUMPUR, 9 APR: Kementerian Kewangan gagal menyerahkan laporan rasmi berhubung maklum balas kepada semua syor Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) yang dibentangkan di Dewan Rakyat.

Tindakan itu dipersoalkan Pengerusi PAC, Datuk Nur Jazlan Mohamed kerana sehingga kini tiada sebarang maklum balas diterima terhadap syor PAC daripada Perbendaharaan seperti yang diperuntukkan dalam perkara 304 (b) Mesyuarat Dewan Rakyat.

jazlan“Perbendaharaan dikehendaki memaklumkan kepada pegawainya berkenaan perenggan-perenggan di dalam laporan mesyuarat jawatankuasa yang melibatkan kementerian, jabatan dan agensi kerajaan masing-masing. Pegawai berkenaan perlu mengambil tindakan atas perkara yang dibangkitkan PAC.

“Kemudian, Perbendaharaan perlu menyediakan satu memorandum muktamad dengan kadar segera untuk dibentangkan di mesyuarat PAC seterusnya. Bagaimanapun, sehingga kini Perbendaharaan gagal mengemukakan sebarang maklum balas kepada PAC,” katanya dalam sidang media, di Parlimen, di sini, hari ini.

Beliau berkata, kegagalan Perbendaharaan mematuhi arahan itu menyebabkan PAC tidak mengetahui sama ada tindakan sudh diambil atau tidak.

KLIA 2 grafikSebagai contoh, katanya, isu pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) yang sehingga kini tiada tindakan daripada syor penambahbaikan dicadangkan PAC.

“Kita dah bentang semua syor di Parlimen dan menunggu maklum balas daripada kerajaan. Misalnya, syor berkenaan KLIA2 kita dah bentang November 2014.

“Kini, sudah masuk enam bulan tetapi tiada tindakan dan ini bukan kadar segera. Sudah tentu kita mahu tahu apa tindakannya supaya boleh dlilaporkan kepada rakyat dan tunjukkan PAC bukannya tiada taring,” katanya.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.