Categories
SELANGOR

MPKj PBT pertama guna sistem GIS pantau kes jenayah

Oleh: SYASYA SUFIAN

KAJANG, 13 APR: Penggunaan aplikasi Web Hotspot Jenayah Bandar dapat membantu mengurangkan kes jenayah di kawasan Kajang apabila orang ramai boleh mendapatkan maklumat itu melalui perkhidmatan disediakan.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kajang (MPKj), Mohd Sayuthi Bakar, berkata melalui aplikasi itu pengguna diberikan gambaran sebenar kawasan sering berlaku jenayah agar kewaspadaan dipertingkatkan.

web kajang 1“Kita bukan dapat mencegah jenayah tetapi kita memberi maklumat kepada orang ramai tentang kawasan hotspot supaya orang ramai lebih berhati-hati apabila berada di kawasan itu,” katanya sewaktu pelancaran Web (Geographical Information System) GIS, hari ini.

Sistem Web GIS itu membolehkan pengguna memperolehi maklumat dikehendaki dengan pantas.

Pengarah Jabatan Perancangan Bandar, Nizam Sahari berkata, MPKj antara pihak berkuasa tempatan terawal melaksanakan Web GIS.

“Jabatan boleh berkongsi maklumat pembangunan lebih tepat serta meningkatkan kualiti perkhidmatan kepada pelanggan bagi mempercepatkan urusan.

“Tujuan utama kami memudahkan pemaju dan pemilik tanah di MPKj mengetahui lebih terperinci kawasan tanah tanpa perlu ke kawasan tapak,” katanya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.