Categories
SELANGOR

Panel Dialisis Sihat diwujud tambah baik perkhidmatan

Oleh: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 7 APRIL: Panel Dialisis Sihat Selangor diwujudkan untuk penambahbaikan kepada program Pusat Dialisis Rakyat yang sedia ada.

Exco Kesihatan, Dr Daroyah Alwi (PKR-Sementa) berkata, terdapat 115 pusat dialisis di seluruh negeri bagi memberi rawatan kepada rakyat.

DNS-2015-small“Panel Dialisis swasta dipilih perlu mematuhi peraturan digariskan Kementerian Kesihatan.

“Antaranya mesti berdaftar dengan Jabatan Kesihatan Selangor serta mempunyai kemudahan mencukupi dan kondusif,” katanya.

Beliau menjawab soalan lisan Lee Kee Hiong (DAP-Kuala Kubu Bharu) berhubung rancangan Kerajaan Negeri menambah Pusat Dialisis Rakyat.

Mengulas lanjut, Daroyah berkata, seramai 240 pesakit setahun dapat dibantu dengan mengurangkan 14.5 peratus bebanan kewangan pesakit setahun melalui peruntukan RM1.2 juta setahun.

“Kerajaan Negeri dapat membantu rakyat kurang berkemampuan mendapatkan rawatan dialisis terbaik dan cadangan ini selaras hasrat sebagai Negeri Berkebajikan,” katanya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.