Categories
KENYATAAN MEDIA

PAS Selangor bantu PRK Permatang Pauh

Oleh: Iskandar Abdul Samad

PAS Pusat telah memutuskan negeri-negeri di utara membantu gerak kerja PRK Permatang Pauh sementara negeri-negeri di selatan membantu PRK Rompin.

Oleh yang demikian, PAS Selangor telah membantu gerak kerja di PRK Rompin sejak sebelum penamaan calon lagi.

Walau bagaimanapun di atas semangat setiakawan, PAS Selangor telah berbincang dengan Dato’ Setiausaha Agung PAS memohon agar dibenarkan menghantar petugas-petugas ke PRK Permatang Pauh.

Dato’ Setiausaha Agung telah bersetuju dengan permohonan ini maka PAS Selangor akan turut membantu PKR di Permatang Pauh.

Bilangan petugas akan ditentukan oleh Pengarah Piliharaya PAS Negeri Selangor, YB Ir. Haslin Hasan.

Walau bagaimanapun fokus PAS Selangor adalah masih kepada PRK Rompin.

Semoga kemenangan akan berpihak kepada calon-calon Pakatan Rakyat.

* Iskandar A Samad adalah Pesuruhjaya PAS Selangor

Leave a Reply

Your email address will not be published.