Categories
SELANGOR

Pembangunan punca banjir di Batu Tiga

Oleh: HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 16 APR: Pembangunan sistematik di DUN Batu Tiga membawa kebaikan namun banjir yang berlaku mengundang masalah termasuk kepada komuniti tempatan.

Bagaimanapun, ADUN Batu Tiga, Rodziah Ismail, berharap isu terbabit mampu diatasi segera berikutan pembangunan dijayakan dijangka selesai sepenuhnya dalam masa beberapa tahun lagi.

“Batu Tiga lembah sedikit dan semua pembangunan dibuat akan mengundang cucuran air ke kawasan ini.

banjir“Disebabkan pembangunan di sini hampir 95 peratus selesai, maka yang penting adalah penyelenggaraan, pembaikan dan pembesaran longkang atau sistem saliran ditambah baik,” katanya kepada Selangor Kini.

Katanya, isu banjir antara masalah utama dan hampir RM60 juta peruntukan Kerajaan Negeri disalurkan untuk program infrastruktur di DUN berkenaan.

“Banjir berlaku ekoran kesan pembangunan kerana longkang lama tidak diselenggara dengan baik atau perparitan yang perlu diperbesarkan,” katanya selepas program sumbangan DUN Batu Tiga kepada golongan sasaran, semalam.

Terdahulu, Rodziah berkata, DUN Batu Tiga sentiasa menjalin kerjasama rapat dengan masyarakat setempat terutama golongan memerlukan.

rodziah01“Jika sebelum ini, saya menjalankan aktiviti berasingan seperti berkunjung dari rumah ke rumah untuk menyampaikan sumbangan. Program kali ini, saya kumpulkan semua supaya saling mengenali.

“Bila ada perkongsian ini, memperlihatkan apa boleh dilakukan bagi mengatasi masalah komuniti setempat,” katanya.

Beliau menyampaikan sumbangan kepada beberapa golongan penerima seperti Skim Mesra Usia Emas (SMUE), golongan berpendapatan rendah dan tanpa pekerjaan selain badan bukan kerajaan (NGO).

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.