Categories
NASIONAL

PKR desak Chew mohon maaf perlekehkan keupayaan wanita

Oleh: NORHAYATI UMOR

KUBANG SEMANG, 27 APR: PKR mendesak Timbalan Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datin Chew Mei Fun memohon maaf kepada semua wanita di seluruh negara khususnya suri rumah di Permatang Pauh.

Ahli Majlis Pimpinan Pusat, Rodziah Ismail berkata kenyataan Mei Fun itu menggambarkan peranan wanita dalam institusi negara diperlekehkan.

kak wanDalam ceramah malam tadi, Chew yang pernah bertanding menentang Wan Azizah dalam pilihan raya kecil Kajang sebelum ini mempertikaikan Presiden PKR itu kerana ‘helah’ yang dipamerkannya selama ini.

“Beliau (Mei Fun) sebagai Timbalan Menteri wanita tidak harus mengeluarkan kenyataan begitu.

“Saya hendak tanya, beliau ini wanita ke? Atau ada jantina lain?,” soalnya dalam sidang media di Bangunan Yayasan Aman, di sini.

Rodziah juga mengingatkan bahawa Calon PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebelum ini pernah berkhidmat sebagai ahli parlimen selama dua penggal.

Malah, katanya, Wan Azizah juga pernah menjadi wanita pertama dilantik sebagai ketua pembangkang di negara ini.

Rodziah juga mengajak pengundi wanita untuk tidak mengundi calon Barisan Nasional (BN).

“Mereka lupa bahawa pengundi wanita di sini paling banyak adalah golongan suri rumah, jadi saya minta kita tolak mereka,” katanya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.