Categories
NASIONAL

PRK Permatang Pauh: Perang poster PKR & BN bermula, Bebas belum muncul

Oleh: NORHAYATI UMOR

PERMATANG PAUH, 26 APR: Selepas 24 jam berlalu, pekan dan kampung-kampung di Parlimen Permatang Pauh mula bertukar meriah dengan ‘perang’ poster antara Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Barisan Nasional (BN).

Bagaimanapun bagi poster calon bebas masih belum kelihatan dalam usaha merebut kerusi Parlimen Permatang Pauh.
PRK Permatang AzizahTinjauan Selangor Kini di sekitar kawasan ini pagi tadi mendapati hampir setiap lokasi tumpuan di pekan ini dipenuhi dengan poster dan bendera yang mewakili kedua-dua parti yang bakal bertanding.

Seorang penduduk dan pengundi di Penanti, yang mahu dikenali sebagai Pakcik Man, 56, berkata poster dan bendera parti mula dipasang secara mendadak pada malam semalam selepas proses penamaan calon selesai.

Katanya, menjelang pagi tadi, banyak tempat berubah wajah daripada suasana yang lengang sebelum ini kepada sebuah pekan yang begitu meriah dengan deretan poster dan bendera-bendera parti.

kak wan“Pagi tadi saya mai nak beli nasi lemak terkejut tengok banyak poster sudah digantung. Habis berubah semuo, meriah,” katanya dalam dialek Utara.

Manakala dalam tinjauan Selangor Kini pada sebelah malam semalam mendapati beberapa pekan di kawasan sekitar meriah dengan deretan peniaga yang mengambil peluang melanjutkan masa perniagaan mereka.

Selain itu, pekan itu juga meriah dengan kehadiran penduduk di program calon menjadikan Parlimen Permatang Pauh ‘hidup’ walau jam mencecah pukul 2 pagi.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.