Categories
SELANGOR

Projek MRT dikenalpasti punca banjir kilat, JPS diarah selenggara sungai

Oleh: NAEEM RAFFI

SHAH ALAM, 29 APR: Pembangunan Projek Mass Rapid Transit (MRT) Lembah Klang, Jajaran Sungai Buloh-Kajang Pakej DPT2 dikenalpasti punca banjir kilat di perkampungan Sungai Kantan pada 22 dan 28 April lepas.

Exco Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Permodenan Pertanian,dan Industri Asas Tani, Zaidy Abdul Talib berkata, struktur binaan jambatan dibina MRT menyebabkan kegagalan aliran air hujan.

“Hujan lebat melebihi kuantiti kebiasaan 42 mm di Hulu Sungai Merbau iaitu di Anak Sungai Kantan dan kawasan sekitarnya.

kajang2“Terdapat ‘bailey bridge’ dibina MRT merentangi Sungai Merbau apabila ‘soffit level’ jambatan itu terlalu rendah mengakibatkan sampah sarap terperangkap. Ini mengganggu aliran air sungai dan ‘backflow’ ke arah Kampung Sungai Kantan,” katanya dalam kenyataan media.

Sekurang-kurangnya 15 rumah terjejas termasuk Sekolah Rendah Agama Sungai Kantan pada kedua–dua hari kejadian itu ekoran paras air terlalu tinggi di anak Sungai Kantan ke Sungai Merbau.

Bagi penyelesaian jangka pendek, Zaidy berkata Jabatan Parit dan Saliran (JPS) Daerah Hulu Langat memulakan kerja penyelenggaraan sepanjang Sungai Merbau.

“Ia termasuk kerja penggalian semula Kolam Takungan banjir FACB dengan anggaran kos RM85,000 secara berkala bermula Februari 2015, Jun 2015 dan November 2015.

“JPS bercadang melakukan kerja penyelenggaraan dan pembersihan inlet dan outlet serta penjajaran semula S-bend di pertembungan Anak Sungai Kantan dan Sungai Merbau,” katanya.

Sementara, bagi cadangan jangka panjang pula, Zaidy menggariskan Pemaju Projek MRT dikenakan syarat menaiktaraf Sungai Merbau dan membaikpulih kolam takungan sedia ada.

JPS Malaysia juga dalam penyediaan Reka bentuk terperinci merangkumi sembilan pakej utama iaitu merangkumi Sungai Jeluh, Sungai Jernih, Sungai Chua, Sungai Reko, Sungai Merbau, Sungai Ramal, Sungai Kantan dan juga Country Height.

Kos keseluruhan anggaran perunding kerja fizikal berjumlah RM50 juta dan dipohon dalam RMK-11.

Selangor Kini sedang berusaha mendapatkan respon MRT berkenaan perkara ini.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.