Categories
SELANGOR

Tak leka dipuncak, Red Giants kekal fokus harungi Liga Super

Oleh: NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 13 APR: Enggan leka dengan pujian, pasukan Selangor berazam mengekalkan rentak kemenangan dengan fokus mengharungi baki perlawanan Liga Super yang masih jauh.

Ketua Pasukan Selangor, Rizal Fahmi berkata, ketika ini moral pemain berada ditahap tertinggi ekoran kejayaan menewaskan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) 3-1 di Stadium Paroi kelmarin.

Red Giants“Ramuan kami semangat berpasukan dan hubungan rapat seperti satu keluarga serta ditambah pula kejayaan kemenangan demi kemenangan sekaligus meningkatkan lagi semangat.

“Bagaimanapun kami tak boleh leka sebab bukan mudah mempertahankan kedudukan sekarang dengan keadaan belum selesa dengan pasukan lawan mengekori rapat,” kata Rizal ketika dihubungi Selangor Kini hari ini.

Sementara itu Afiq Azmi yang menjaringkan dua gol ketika bertandang di Paroi pula berkata ketika ini para pemain memfokuskan perlawanan demi perlawanan.

“Kami tidak melihat perlawanan yang jauh di hadapan tetapi kekalkan fokus perlawanan demi perlawanan supaya kami tidak hilang kosentrasi. Ini yang penting bagi kami sekarang.

11072527_844621588943667_8864142680968993006_n“Apatah lagi kedudukan teratas liga yang pastinya kami menjadi tumpuan pasukan lain untuk merampasnya. Insha-Allah kami pertahankan walau dengan berkerja lebih keras,” kata Afiq.

Selangor bangkit meraih empat kemenangan berturut-turut menewaskan Polis Diraja Malaysia (PDRM) 4-1, Sarawak 2-0, Sime Darby 3-2 dan terbaharu ATM 3-1 untuk berada di tangga teratas Liga Super, berkongsi 14 mata dengan Felda United dan Terengganu tetapi dipisahkan perbezaan gol.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.