Categories
SELANGOR

MPSJ perkenal aplikasi pintar Android salur aduan

Oleh: AFEEQA AFEERA

SUBANG JAYA, 13 APR: Berita baik buat pengguna telefon pintar Android kerana Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) memperkenalkan Sistem Pengurusan Aduan Menggunakan Aplikasi Mobile bagi kemudahan orang awam menyalurkan aduan atau cadangan.

Aplikasi terbaru itu membolehkan orang ramai berhubung secara terus melalui saluran berkenaan tanpa sebarang caj dan boleh dimuat turun di Google Play Store pada bila-bila masa secara percuma.

02 FLYERS MOBILE APPMelalui aplikasi ini, MPSJ dapat bertindak dengan lebih cepat ke atas aduan diterima hanya melalui telefon pintar.

Untuk menggunakan aplikasi ini, pengadu dikehendaki mendaftar terlebih dahulu sebagai rakan MY@MPSJ sebelum boleh menggunakannya.

Pada halaman utama, segala bentuk tindakan yang boleh dilakukan pada aplikasi ini dipaparkan secara jelas untuk pengadu membuat pilihan.

Pada halaman aduan, pengguna boleh memasukkan segala maklumat pengaduan seperti kategori dan jenis masalah, kawasan masalah, huraian masalah dan lain-lain.

Sementara halaman lokasi aduan membolehkan pengadu menandakan lokasi aduan pada peta bagi memudahkan pelaksana mencari lokasi masalah atau aduan dengan lebih cepat.

Sementara halaman lampiran pula membenarkan pengadu memuat naik lampiran bergambar dalam format “jpg” dengan saiz tidak melebihi 2MB untuk satu lampiran.

Untuk melengkapkan aduan, pengadu dikehendaki memasukkan nombor rujukan aduan dan salah satu daripada nombor kad pengenalan, emel atau nombor telefon untuk membolehkan butiran aduan dipaparkan.

Setelah selesai, halaman butiran lengkap akan memaparkan segala butiran pengaduan, lampiran dan juga status semasa aduan termasuk memaparkan maklumat profil atau pengguna pengadu.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.