Categories
SELANGOR

Tanpa kuasa eksekutif, Pejabat Integriti ibarat harimau tiada gigi

Oleh: AFIX REDZUAN

DAMANSARA UTAMA, 24 APR: Pejabat Integriti yang akan ditubuhkan Kerajaan Negeri perlu diberi kuasa eksekutif untuk mengambil tindakan tegas terhadap kakitangan awam.

Adun Damansara Utama, Yeo Bee Yin berkata, penubuhan pejabat itu disambut baik namun umpama harimau tanpa gigi jika tidak diberikan kuasa sedemikian.

“Saya tidak mengetahui peranan Pejabat Integriti sama ada boleh memecat kakitangan, menurunkan pangkat atau mengenakan tindakan disiplin kerana masih belum dimaklumkan.

integriti 4“Kalau ada Pejabat Integriti, paling penting mempunyai kuasa mencukupi. Jika tidak, ia seperti harimau tidak bergigi,” katanya kepada Selangor Kini.

Bee Yin berkata, Pejabat Integriti juga perlu ada kuasa memanggil semua yang terlibat untuk membantu siasatan termasuk Dato’ Menteri Besar.

Katanya, ia harus memberikan perlindungan kepada pemberi maklumat terutama melibatkan kakitangan awam berpangkat rendah.

Yeo Bee Yin damansara utama 01“Kita perlu memperkukuh dan memberi perlindungan kepada pemberi maklumat. Itu penting kerana mungkin ada pemberi maklumat daripada kakitangan awam berpangkat rendah,” katanya.

Pada 22 April lalu, Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali berkata, Kerajaan Negeri dalam proses menubuhkan Pejabat Integriti dan menyambut baik cadangan diwujudkan Pegawai Pejabat Hisbah (Ombudsman) yang berfungsi menyiasat aduan awam.

Katanya, ia selari dengan dasar Kerajaan Negeri yang berpegang kepada prinsip pentadbiran bersih dan berintegriti.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.