Categories
SELANGOR

483 aduan kutipan sampai diselesai MPK

Oleh: NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 13 MEI: Majlis Perbandaran Klang (MPK) berjaya menyelesaikan 483 aduan kutipan sampah dari Januari hingga April 2015.

Manakala bagi sampah longgok pula, sebanyak 169 aduan diselesaikan bagi tempoh empat bulan tahun ini.

Yang Dipertua MPK, Datuk Mohamad Yacob berkata MPK juga berjaya mengatasi masalah sampah longgok di enam ‘kawasan panas’.

pemantau 2Katanya ia hasil gerak kerja agresif dilakukan secara dalaman dan pemantauan berkala dijalankan serta penguatkuasaan berterusan.

“Antara kawasan disenarai ‘kawasan panas’ ialah Jalan Kedah, Jalan Sungai Putus, Jalan Haji Osman, Kebun Nenas, Pulau Indah dan Johan Setia dan beberapa kawasan lain,” katanya dalam kenyataan.

Mohamad berkata lokasi itu diberi perhatian serius MPK melalui pemantauan dan penguatkuasaan berterusan.

Katanya ia bagi memastikan masalah di kawasan itu diselesaikan segera bagi mengelakkan situasi tidak menyenangkan penduduk.

“MPK mengajak masyarakat untuk bersama membasmi pembuangan sampah haram dan bertanggungjawab menjadikan Klang sebagai ‘daerah bebas sampah’,” katanya.

Bagi tujuan itu, MPK mengalu-alukan sebarang aduan dan cadangan penduduk berkaitan kebersihan.

Penduduk boleh menghubungi talian JPP MPK iaitu 03-33724820 (am),03 33748132 (aduan) dan talian bebas tol 1800 88 23826 atau nombor pemantau mengikut kawasan terlibat.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.