Categories
NASIONAL

Azmin: Pelantikan Ketua Pembangkang dibuat 18 Mei

Oleh: NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 13 MEI: Ketua Pembangkang di Dewan Rakyat dilantik secara rasmi pada hari pertama persidangan Dewan Rakyat pada 18 Mei nanti.

Dato’ Menteri Besar , Mohamed Azmin Ali berkata, semua parti dalam Pakatan Rakyat (PR) bersetuju mencalonkan Ahli Parlimen Permatang Pauh, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menggantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Ketua Pembangkang.

MB Azmin“Belum ada satu tarikh untuk adakan mesyuarat Majlis Pakatan Rakyat membincangkan hal ini tetapi saya percaya akan diadakan pada masa terdekat.

“Bagaimanapun ketiga-tiga parti sudah mencalonkan Ahli Parlimen Permatang Pauh untuk diangkat sebagai Ketua Pembangkang dan saya kira dilaksanakan 18 haribulan, hari pertama sidang Parlimen nanti,” kata Mohamed Azmin yang juga Timbalan Presiden PKR.

Beliau berkata di sidang media selepas merasmikan Luncheon Talk Buku “Khalifah Umar Abdul Aziz” Karangan Dr Ali Muhammad As-Shallabi di Hotel Concorde, di sini, hari ini.

Sebelum ini, nama Dr Wan Azizah disebut-sebut menggantikan Anwar yang sedang menjalani hukuman penjara selepas disabitkan dengan kes fitnah liwat 2.

Terdahulu, Dr Wan Azizah menang dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Permatang Pauh selepas menewaskan calon Barisan Nasional (BN), PRM dan calon bebas pada 7 Mei lepas.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.