Categories
NASIONAL

82.6% pengundi anggap GST pengaruhi undi

Oleh: NAZLI IBRAHIM dan HAFIZAN TAIB

PERMATANG PAUH, 6 MEI: Satu kaji selidik yang dijalankan Selangor Kini di Permatang Pauh mendapati 114 responden atau 82.6 peratus pengundi di sini menganggap langkah kerajaan melaksanakan GST mempengaruhi mereka dalam memilih parti yang akan diundi.

Kajian rambang yang dijalankan terhadap 138 responden itu juga mendapati hanya 4.34 peratus menjawab tidak setuju GST mempengaruhi mereka, manakala 11.59 peratus menjawab tidak pasti dan 1.44 peratus tidak menjawab soalan.

Bagi soalan kedua, 108 responden atau 78.26 peratus bersetuju isu 1MDB turut mempengaruhi pengundian dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh.

_MG_5411Sementara itu, 7.24 peratus atau 10 responden memilih tidak bersetuju, 13.04 memilih tidak pasti dan 1.44 peratus tidak menjawab soalan.

Bagi soalan adakah serangan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad memberi kesan negatif terhadap undi Barisan Nasional, 80 responden atau 57.97 peratus bersetuju dan 20.28 peratus mengatakan tidak setuju.

Sementara itu, sama banyak dengan tidak bersetuju, 20.28 peratus mengatakan tidak pasti dan 1.44 peratus lagi tidak menjawab soalan itu.

Rumusan kaji selidik itu juga mendapati majoriti penduduk luar bandar secara umumnya turut memahami asas GST yang mengakibatkan kenaikan harga barangan, sekali gus meningkatkan kos sara hidup mereka.

11200922_10153122511360379_3135063353376467334_nKajian itu menunjukkan daripada 66 penduduk luar bandar yang ditemui, seramai 41 atau 62.12 peratus menganggap GST mempengaruhi undi mereka berbanding 11 responden atau 16.66 peratus tidak bersetuju.

Sementara itu, 18.18 peratus menjawab tidak pasti dan selebihnya 3.03 peratus tidak menjawab soalan.

Kaji selidik yang dijalankan dari 30 April hingga 5 Mei itu melibatkan beberapa kawasan pekan atau bandar dan kawasan luar bandar dalam Parlimen Permatang Pauh seperti kampung sekitar Jalan Baru, Kubang Semang, Pasar Awam Penanti, Kampung Pelet, Pekan Permatang Pauh, Seberang Jaya dan beberapa tempat lain.

Kajian ini melibatkan 108 pengundi Melayu, 20 responden Cina dan 10 responden India.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.